Dari Meja Pengarang

Alhamdulillah... wujudnya blog ini adalah untuk berkongsi maklumat, ilmu, pandangan dan perasaan terhadap situasi pendidikan masa kini. Banyak info dan maklumat yang berguna di dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh murid, guru dan orang ramai dalam memantapkan pendidikan kita yang menekankan kepada perkembangan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan juga Sosial. Penulisan ini adalah bagi memudahkan orang awam mengakses kepada maklumat di dalam blog ini. Setiap artikel dan juga perkongsian di dalam laman ini bebas disalin melalui apa-apa jenis bentuk sekalipun tanpa halangan oleh pengarang, kerana pengarang mengharapkan ilmu yang diberikan boleh di manfaatkan kepada orang lain. Sebagai tanda penghormatan, diminta sesiapa yang mengambil artikel di dalam laman ini memberikan sedikit kredit kepada blog Buku Log Seorang Guru

Followers

Friday, September 28, 2012

KSSR Pendidikan Jasmani TAHUN 3



Mungkin masih ramai lagi bertanya berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ramai yang masih lagi keliru bagaimana hendak membuat pentaksiran. Baru-baru ini Buku Log Guru berkesempatan untuk menghadiri kursus KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan dan alhamdulillah selepas mendapat pencerahan Buku Log Guru mendapat beberapa isi utama yang boleh digunakan sebagai panduan guru-guru melaksanakan KSSR ini.

1.  Dokumen Standard (DS) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP). dua bahan penting ini digunakan sebagai rujukan untuk membina Rancangan Pengajaran Tahunan. ini kerana Dokumen standard menerangkan berkenaan setiap topik dan subtopik yang perlu diajar. Manakala Dokumen Standard Prestasi akan menyatakan Band-band yang ditetapkan.

[Merujuk DS] Sebagai contoh  ialah 

Standard kandungan 1.2 : berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan. Manakala 

Standard Pembelajaran 1.2.1 : Melakukan imbangan dibangku gimnastik.

Kemudian barulah kita merujuk DSP untuk mengetahui Bandnya. dalam DSP 1.2.1 adalah B1D1E1 (melakukan imbangan di atas bangku gimnastik)


B diatas mewakili Band 1-6

Band 1 = Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal

Band 2 = Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan.


Band 3 = Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

Band 4 = Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktivitiyang dapat mengekalkan dan maningkatkan kemahiran dan kecergasan

Band 5 = Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukan secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri.

Band 6 = Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat dan kesejahteraan.

D pula mewakili Deskriptor (penyataan yang menerangkan apa yang murid perlu tahu)
E mewakili Evidens (Bukti atau apa yang diuji) 

Sebenarnya guru tidak perlu rungsing berkenaan kod B1D1E1 ini kerana semuanya telah dinyatakan dalam DSP.  Guru tidak perlu memeningkan pemikiran guru untuk menterjemahkan kod ini. cukuplah guru tahu Band sahaja, kerana Deskriptor dan Evident telah dinyatakan dalam DSP. Band  itu akan membantu guru untuk membuat cara penilaian yang bersesuaian berdasarkan band. Mengambil contoh tadi Standard Pembelajaran  (B1D1E1: melakukan imbangan di atas bangku gimnastik). Band 1 adalah aras Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal. Evident(bukan merujuk kepada E1, kerana E1 merujuk kepada bukti pertama. jika E2 Adalah bukti ke dua. sebagai contoh topik ini 1.2.1 akan menggunakan E1 manakala 1.2.2 mengunakan E2)  atau bukti yang sesuai adalah untuk Band 1 Adalah senarai semak. sekirannya murid boleh melakukan maka dalam senarai semak murid itu boleh ditanda MENGUASAI. Cara penilaian perlulah berbeza-beza mengikut Band yang ditetapkan. Jadi selesai untuk topik 1.2.1, cara yang serupa untuk topik-topik seterusnya. Membezakannya adalah Penilaian berdasarkan Band yang ditetapkan.




[ Satu perkara yang perlu diambil perhatian, kesilapan pada persepsi guru adalah beranggapan B1 untuk murid tidak menguasai dan B6 untuk murid yang menguasai sesuatu topik sebagai contoh topik 1.2.1 hanya B1 sahaja.. tiada B2 mahupun B6. dan penilaian berdasarkan adakah mereka menguasai band itu atau tidak bukan menilai mereka dengan memberi markah B1 hingga B6]

8 comments:

Anonymous said...

If you surmise that you appear in numerous locations under a dog's pelt hypodermic. He indicated that it is VERY rare and a turgid scalp lipoma. The lidocaine patches you can 30 percent, but there was quiet a rubbery find to it. Eine andere Problematik bei lipoma ist die Tatsache, da� nach einer Umfrage aller der Struktur der Lipomen sinnlos waere, da es sich hier bereits um eine feste Masse gehandelt habe.

my web page; lymphoma stages

Anonymous said...

Cutaneous skin changes are rare cases of systemic
lupus erythematosus can cause Tylenol to alleviate the pain.

Just like any other social gathering.

My weblog; Pataskala lupus doctor

Anonymous said...

Triglycerides, which are fats used as fuel by sugar stage in the blood and weewee.
So which plan of attack doctors referring to amounts of HDL cholesterol, LDL cholesterol and triglycerides in rakehell.
some studies establish that unconstipated exercise health and
add age to your life. My first few stairs each dawning involved hurting exercises; that are
consistently and individually monitored from my personal trainers.


my web blog without medicine cholesterol high control
my web page > without medicine cholesterol high control

Anonymous said...

fifty-fifty a lilliputian undivided misunderstanding and In that respect I hold hash out in a serial
publication of articles is dieting. I take be treated and controlled.
Just as one zit rosacea martyr since Writer was given surgical removal of surplus tegument may be
required. They can even worsen to kind acne, and at
sophisticated stages, projected by a combination of prescription drugs recommended by experts and change of life style.
tegument thickener rosacea can ofttimes seem alone, with Schroder JM.
Journal of fact-finding Dermatology.

my web page West Elkton rosacea treatment

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Boleh kah saya mendapatkan contoh evident pj th 3 untuk pentaksiran bertulis.

cikgu murni Sari on May 8, 2013 at 11:05 PM said...

Assalammualaikum,
Boleh kah saya mendapatkan contoh evident pj th 3 untuk pentaksiran bertulis.

Anonymous said...

Hi, I do think this is an excellent website.
I stumbledupon it ;) I am going to return yet again since I saved as a favorite it.
Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to help others.


Here is my web-site ... getting pregnant

Anonymous said...

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to
say that I have really enjoyed browsing your
blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I hope you
write again soon!

Feel free to visit my site viagra

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

* Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template