Dari Meja Pengarang

Alhamdulillah... wujudnya blog ini adalah untuk berkongsi maklumat, ilmu, pandangan dan perasaan terhadap situasi pendidikan masa kini. Banyak info dan maklumat yang berguna di dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh murid, guru dan orang ramai dalam memantapkan pendidikan kita yang menekankan kepada perkembangan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan juga Sosial. Penulisan ini adalah bagi memudahkan orang awam mengakses kepada maklumat di dalam blog ini. Setiap artikel dan juga perkongsian di dalam laman ini bebas disalin melalui apa-apa jenis bentuk sekalipun tanpa halangan oleh pengarang, kerana pengarang mengharapkan ilmu yang diberikan boleh di manfaatkan kepada orang lain. Sebagai tanda penghormatan, diminta sesiapa yang mengambil artikel di dalam laman ini memberikan sedikit kredit kepada blog Buku Log Seorang Guru

Followers

Sunday, June 12, 2011

Keseronokan Bekerja: Jadikan kerja satu keseronokan, bukan bebanan.



Memang diakui seorang guru itu kerjanya bukan mudah, kerana kerjanya membina manusia bukannya membina bangunan. Jika bangunan itu perlukan arkitek untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi, guru juga perlu membina manusia mengikut kehendak muridnya yang jumlahnya bukan satu  atau dua, tetapi puluhan,ratusan malah ribuan. Kerja guru itu bukan bermula dari pukul 7.45 pagi  hingga 1.15 petang, tetapi 24 jam. Bermula dengan mengajar di sekolah dari pukul 7.45 pagi hingga 1.15 petang, diteruskan dengan aktiviti petang seperti sukan dan permainan disambung pula dengan sebelah malam untuk menanda buku murid dan merancang pengajaran pada esok harinya. Itu belum termasuk tugas-tugas pengkeranian yang perlu ditanggung sehingga menggangu waktu cuti dan rehat seorang guru, menjadikan tekanan kepada pekerjaan utama sebagai pendidik.  Bagaimana kita mengatasi masalah ini? bagaimana kita hendak memikul tanggungjawab dengan keadaan yang tenang dan bertanggungjawab? Dibawa ini ada beberapa siri motivasi daripada Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk mencari keseronokan dalam semua hal kerja kita. Sama-sama kita ambil sebagai pedoman dan paduan dalam menjalankan beban tugas.


Keseronokan Bekerja (1/3)




Keseronokan Bekerja (2/3)


Keseronokan Bekerja (3/3)




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

* Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template